Tuesday 29 October 2013

Monday 28 October 2013

Tips Mengatasi Kemalasan

                                          ehsan Bublews.com

     Rasa-rasa dalam dunia ni ada tak manusia yang tak malas or tak pernah malas or tak teringin jadi malas. Hahaha. Di tambah pula kalau kau beranak-beranak jadi orang Melayu. Orang Melayu selalunya dikatakan pemalas berbanding kaum lain atau orang-orang tengah sawah tu (rajin lah orang-orang tu terpacak tengah bendang dari kau duduk melangut tak buat apa). Kenapa? Pernah dengar typical Malay? Haa..kannn. 
     But for me, itu adalah pilihan. Kau nak malas ke kau nak rajin ke terpulang kat kau lah. Dah kalau boleh dipilih kenapa ramai benar yang pemalasnya? Sebab apa tau? Sebab dia malas nak buat pilihan lah tu. Hahahaha. Kau masuk sini kau nak tau macam mana nak rajin kan, kiranya kau rajinlah nak membaca. Itulah pilihan. Kau buat pilihan nak rajin pulak. Baguslah, macam omputeh cakap, one step closer atau take one step at a time. Hehehe. Semuanya terpulang pada diri sendiri, nak ke idak? Nak seribu daya, taknak seribu dalih!! (mak kau jerit dari dapur).
     Orang cakap kalau dah datang urat malas tu, apa kerja pun tak jadi. Bayangkan kalau kau bertahun-tahun bermalasan, tahap malas kau dah kalau kat sekolah boleh dapat anugerah tertinggi  siap sijil penyertaan seumur hidup percuma tu, macam mana lah kau nak bangun dari malas tu ye. Boleh ke idak? Hahahaha. Standard lah kalau malas sikit-sikit tu, tapi kalau sampai nak makan pun kau malas, tu dah tahap kronik tahap dewa. Sudah-sudah lah tu bro, pegilah bangun tengok dunia yang orang lain tengah terkejar-kejar tu. (Kau bangun pergi kejar kitteh tu buat apa haa...)
    So bagi sesiapa yang nak cuba jadi rajin tu meh tengok sini or kau nak tolong kawan-kawan yang best friend forever tu bagi dia rajin sikit agak-agak 0.01 peratus pun jadilah, kau tolong bacakan ni kat telinga kanan dia, moga-moga dia terdengar macam kau baca talkin kat dia. Heh!
     Bangkit!
     Kau punya mind set tu kena bangkit dulu. Kau set lah dalam otak kau tu kau nak rajin..nak rajin..nak rajin. Tak payah lah kau tulis note lekat kat fridge kat dapur kau tu, cukuplah kau tulis dalam otak kau. Kan orang cakap kalau nak buat baik, sendiri-sendiri tau sudah lah. Tak payahlah kau nak canang satu dunia. Hahaha. Yelah, nanti kalau tak jadi, kau tak lah malu sendiri, korek lubang masuk kepala sembunyi kan. Cisss. Tapi terpulang lah kat kau, kalau kau terlebih rajin dan terlebih ink pen kau nak tulis tampal semua dinding dalam rumah kau pun, Aiman tak kesah! Ikut keselesaan. Pastu kau tanam niat dalam hati kau tu jugak, cakap kau nak start rajin. Otak dengan hati kenalah seiring kan, kalau tak, tak jalan beb. Kannn...lol. Ini macam bukak company jugak lah kan, kena ada misi dan visi. Eceh! Dah kau berjaya buat tu, tahniah! kau dah maju setapak ke depan. (tepuk tepuk pengakap!) 
     Lepas tu, kau carilah sesapa yang rajin yang nak tolong kau jadi rajin. Sebab aku pun dah malas nak terang-terang kat kau macam mana nak buang malas tu. Sebenarnya yang malas bertahun-tahun tu akulah. Hahahaha! Ni dalam proses nak merajinkan diri lah, so kalau kau ada tips lebih-lebih tu bak lah kat aku sama. (tak rasa nak baling kasut plak kan) potong stim betoi. Hahahaha!!! Nanti bila aku dah berjaya rajin dan lulus dengan cemerlang post ni aku akan baca balik, dia macam stepping stone aku lah. Jangan marah haaa....Heheheh peace no war!
    

Sunday 27 October 2013

Pemenang

     Nah!Pembukaan entry untuk pertama kalinya. Maka akulah pemenang untuk kali ini. Kau kau kalau nak menang, sila buat entry sendiri, ahahaha. By the way, today's date ialah hari pertama aku tengok dunia! nak jugak bagitau Memandangkan belom ada pengikut tegar, maka tak boleh tuntut hadiah, maybe next year, if dipanjangkan umur, InsyaAllah :)
     So! meh nak cerita sikit pasal blog ni. Actually, dah lama nak merekacipta blog sendiri, tapi disebabkan tahap kemalasan berada pada tahap jurus ke-8, pandai-pandai korang lah fikir kenapa. Jangan bagi pepatah orang lain nak berblog ekau pun nak berblog ye. lalalala. 
Kenapa nama kootoo embun?! Sebab aku suka tangkap kutu kucen-kucen aku sambil mandi embun di subuh hening. Hahahaha!! Betol, tak tipu! Tapi sekarang kutu-kutu tu dah arwah kena embun tu. Tak percaya sila try. 
     Baiklah, sebelum berlaku kejadian yang tak diingini, harap maaf andai kata post aku lepas ni kurang menarik or mencolok mata kau kau semua. If sudi baca, silakan. Aku akan berkongsi masalah-masalah dunia masa kini isu-isu yang aku rasa aku nak kongsi. Hahahaha (dah kenapa kau!). Ok, sudah. Mari sambung kuntau malas jurus lain pula sambil main candy crushin' yo! Daaaaa......