Nah!Pembukaan entry untuk pertama kalinya. Maka akulah pemenang untuk kali ini. Kau kau kalau nak menang, sila buat entry sendiri, ahahaha. By the way, today's date ialah hari pertama aku tengok dunia! nak jugak bagitau Memandangkan belom ada pengikut tegar, maka tak boleh tuntut hadiah, maybe next year, if dipanjangkan umur, InsyaAllah :)
So! meh nak cerita sikit pasal blog ni. Actually, dah lama nak merekacipta blog sendiri, tapi disebabkan tahap kemalasan berada pada tahap jurus ke-8, pandai-pandai korang lah fikir kenapa. Jangan bagi pepatah orang lain nak berblog ekau pun nak berblog ye. lalalala.
Kenapa nama kootoo embun?! Sebab aku suka tangkap kutu kucen-kucen aku sambil mandi embun di subuh hening. Hahahaha!! Betol, tak tipu! Tapi sekarang kutu-kutu tu dah arwah kena embun tu. Tak percaya sila try.
Baiklah, sebelum berlaku kejadian yang tak diingini, harap maaf andai kata post aku lepas ni kurang menarik or mencolok mata kau kau semua. If sudi baca, silakan. Aku akan berkongsi masalah-masalah dunia masa kini isu-isu yang aku rasa aku nak kongsi. Hahahaha (dah kenapa kau!). Ok, sudah. Mari sambung kuntau malas jurus lain pula sambil main candy crushin' yo! Daaaaa......
No comments:
Post a Comment